Welcome To Republic Of Chenta ! !

Bosan

 
 
aku tak tahu nak update apa..tapi yang pasti aku tengah bosan tahap cipan..heee..cuti aku dua bulan ni, aku ingat nak study la konon konon nye kan.. tapi hampeh !!  first aku habiskan masa aku dengan baca novel, aku suka baca novel tu berulang kali, sampai aku puas...tak ade kerja betul sebagai contoh aku dah khatam novel ombak rindu 5 kali tu pun tak puas lagi..* bangga nampak.. poyo je lebih..hee...kalau lepas ni ade orang nak buat filem ikut novel, aku cadangkan novel andai itu takdirnya... second lily buat najah.. comform habis menangis korang tengok/baca cerita tu..hahaha.. cerita dia berbeza dengan novel novel yang lain, selalunya ending mesti happy kan, tapi ending lily buat najah sedih siot.. aku pun menangis..hahaha.. tu novel pertama yang buatkan aku menangis, lepas tu baru aku baca andai itu takdirnya, cerita dia pun sedih jugak, and buat aku menangis, tapi kalau pilih antara dua, mana yang boleh buat menangis aku pilih andai itu takdirnya..  first aku tengok novel lily buat najah, aku dah macam tak suka, sebab tajuk dia macam pape tah, tapi bila dah baca.. baru aku faham maksud dia apa... *pehal cerita pasal novel ni?? hahaha...

kebelakangan ni pulak asyik pergi hospital je, so tak ade la masa sangat nak buang masa ni..hahahahah..aku tengok fb aku pun sedih, tak ada update..tapi sekarang dah ok da.. tak ade la busy sangat, cuma kitaorang bukak nursery macam biasa je la dari hari isnin - jumaat.. hahaha.. *kakak aku baca habis aku... gurau je la...

aku rindu gila kat kawan kawan aku, rindu nak buat kerja gila macam biasa, lepak sama sama, spy orang lepas balik sekolah..hahaha.. lepak kat tempat biasa sebelum nak balik rumah...skodeng budak yang kita suka time rehat.. lepas ni dah tak ade dah, dorang dah habis sekolah,* kesian aku tengok kawan aku,lepas ni dia tak boleh usha budak yang dia suka since form 1 lagi... lepas ni kita pulak dah habis sekolah.. sedih ouh!! benda yang kita selalu buat bersama, dah tak ade lepas tu semua buat hal and laluan masing masing.. entah entah kita dah tak akan jumpa lepas tu...  dan paling aku rindu kita lepak mcd hari hari, setiap minggu je mesti salah sorang belanja mcd kan...rindu nya!!! sampaikan cashier tu pun cam kita sebab hari hari makan.. dan aku tak lupa jugak kenangan geng A.I.A .. walau beribu kawan yang aku kenal, tapi korang sahabat aku yang paling aku sayang sampai bila bila dan aku akan ingat sampai bila bila, korang merupakan sahabat yang tak akan aku jumpa kat mana pun...walaupun kita tak selalu bersama, tapi kita selalu ade time geng A.I.A dalam kesusahan kan... korang tak akan muncul time aku senang, hanya akan muncul bila aku kesusahan... aku harap kita still bersama walaupun kita tak serapat dahulu.. 


kawan kita boleh cari dimana mana, tapi bukan sahabat
kita boleh jumpa ramai kawan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita mencari seorang sahabat. Kawan boleh bertukar menjadi lawan...
andai kita ada 1000 orang teman sekalipun, belum tentu ada di antara mereka yang layak bergelar sahabat kita
P/S: yang lain tu jangan terasa pulak, tapi hakikat nye memang macam tu... time aku senang je aku dengan kawan, tapi time aku susah sahabat yang menghulungkan bantuan... *sorry berjiwang sekejap...haha... 

REPUBLIC OF CHENTA

Republic Of Chenta